Gaza berdarah lagi....


Menjelang akhir tahun 2008 ini,seluruh dunia dikejutkan dengan serangan membabi buta Israel ke Semenanjung Gaza yang sudah mengorbankan kira-kira 2000++ warga Palestin oleh bom pesawat pesawat Israel. Selain dengan serangan udara dan bom kimia, Israel laknatullah ini juga menyiapkan ribuan pasukan darat untuk melaksanakan serangan lanjutan ke Semenanjung Gaza, entah berapa ribu nyawa akan melayang lagi selepas ini...

Dari kejadian tersebut, seluruh warga dunia memprotes dan mengecam tindakan serangan tersebut. Namun, dari sekian banyak protes yang sudah berlangsung tidak ada tanggapan yang serius dari pihak pihak yang seharusnya campur tangan dengan kegilaan yang terjadi. PBB belum ada tindakan konkrit atas serangan yang sudah terjadi… Kenapa ? dan Mengapa ? Entahlah, maybe kerana konspirasi peringkat tinggi amerika dan israel laknatullah kah? atau ada faktor alasan yang lain?




(Gambar: Seorang askar Israel sedang mengacukan senjata pada kanak-kanak Palestin. Apakah kanak-kanak itu juga dianggap militan Hamas?). Serangan Israel terhadap Gaza sejak 26 Disember 2008 sudah meragut 374 nyawa dan 1,690 orang terkorban. Yang terkorban termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang tua. Barat sering mengajar negara lain tentang demokrasi dan slogan hak asasi manusia. Jika mereka berlaku kejam, ganas dan zalim segalanya halal dan tidak mengapa. Demokrasi jenis apakah ini? Annapolis Summit yang ditandatangi sebagai perjanjian damai sudah pun dilanggari. Malah ketika krisis seperti ini berlaku, kita tertanya-tanya apakah reaksi Obama selaku bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru.




Obama ?

Menurut laporan The Washington Times, Obama masih berdiam diri tentang serangan Israel ke atas Gaza. Obama kelihatan dalam gambar, sedang bermain golf di Hawaii ketika serangan Israel ke atas Gaza. Pandainya Obama berlakon.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh David Axelrod (Penasihat Kanan Barrack Obama, gambar) tentang apakah bentuk pendekatan yang bakal diambil oleh Obama berikutan serangan Israel ke atas Gaza "He's going to work closely with the Israelis. They're a great ally of ours, the most important ally in the region ... But he will do so in a way that will promote the cause of peace, and work closely with the Israelis and the Palestinians on that - toward that objective.".

Jika begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat Obama, bermakna keadaan dunia akan lebih tidak menentu bila Obama mengambi alih jawatan Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009 nanti. Jika Bush dibaling dengan kasut bersaiz 10, apakah hadiah untuk Obama pula nanti?. Nama Menteri Pertahanan Israel yang menyerang Gaza ialah Ehud Barak. Barrack dan Barak adalah dua nama yang diambil sempena nama "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch" sebagai nama pertama mereka. Mudahnya, Obama tidak boleh diharapkan untuk selesaikan konflik Gaza.Harapan Palestin hanya pada orang Islam di negara-negara lain.

Sedar atau tidak, Pakistan, Syria dan Palestin sekarang ini berada dalam zon perang. Sesudah perang dilancarkan di Afganistan dan Iraq, satu persatu bumi Islam diperangi oleh neo-konservatif. Alasannya sama iaitu mencari pengganas. Di mana silapnya kita? Apakah orang Islam tidak kuat untuk bersatu menentang golongan neo-konservatif ini? Jawapannya masih tetap sama, orang Islam masih lagi tidak bersatu. Mungkin ada kalangan pemimpin Islam yang bersama di pihak mereka. Golongan ini tidak boleh memberi sebarang reaksi kerana terikat dengan perjanjian tertentu dengan pihak neo-konservatif. Jika ada, siapakah mereka itu?




Arab dan dunia am nya harus bersatu menentang laknatullah ini..sampai bila kita harus melihat mayat kanak2 diusung sebegini..bersatulah warga arab..musnahkan israel..bersatulah menegakkan islam dan bebaskan negara palestine..

amin ya robbal alamin

adin

060109

0 comments: